Sep 5, 2012

Berbatov Bidas Alex Ferguson

LONDON - Penyerang baharu Fulham, Dimitar Berbatov ternyata masih tidak berpuas hati dengan pengurus Manchester United, Alex Ferguson.

TINGGAL KENANGAN. Berbatov tidak lagi bekerjasama dengan Ferguson di MU.

Pada satu sidang akhbar khas di Sofia, Bulgaria kelmarin, Berbatov berkata, dia tidak mengucapkan selamat tinggal kepada Ferguson selepas meninggalkan Old Trafford.

Difahamkan, Berbatov masih berang dan tidak berpuas hati dengan layanan yang diterimanya daripada Ferguson apabila diketepikan daripada skuad utama United sejak 18 bulan lalu.

"Saya hanya mengucapkan selamat tinggal kepada pihak-pihak tertentu sahaja. Saya hanya menemui beberapa pemain (United) sahaja kerana tidak sempat bertemu dengan semua rakan-rakan yang lain.

"Bagaimanapun, saya tidak bercakap dengan Ferguson. Mungkin saya akan me- ngutuskan sepucuk surat untuk beliau suatu hari nanti," jelas Berbatov.

Meskipun muncul penjaring terbanyak Liga Perdana England 2011 dengan 20 gol, Berbatov tetap diketepikan pada aksi final Liga Juara-Juara ketika United menentang Barcelona di Stadium Wembley.

Pada mulanya, Ferguson memberikan peluang kepada Berbatov untuk kekal di Old Trafford.

Namun, bekas penyerang Tottenham Hotspur itu gagal membendung kemara- hannya selepas Ferguson tidak membenarkannya beraksi dengan lebih kerap bersama United.

"Saya rasal kesal dengan segala insiden yang berlaku di United.

"Saya tidak sepatutnya dilayan begitu tetapi semua itu bergantung kepada pengurus (Ferguson).

"Beliau menyarankan saya supaya mengubah corak permainan dan saya mengi- kut apa sahaja kemahuannya.

"Saya juga ada maruah. Tiada apa yang perlu saya malukan kerana saya telah me- menangi dua kejuaraan dan muncul penjaring terbanyak buat United," jelasnya. - Agensi

0 comments

Post a Comment