Sep 3, 2012

Dibayar RM100 Seorang Sambut Ulang Tahun Kemerdekaan Negara

TERUS terang penulis katakan, pada mulanya penulis agak gementar dengan jumlah orang ramai yang hadir memeriahkan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-55 di Stadium Bukit Jalil semalam. Khabarnya hampir 200,000 orang memenuhi dalam dan luar stadium untuk mendengar amanat Perdana Menteri Najib.

Bukan penulis sahaja, tapi ramai penyokong Pakatan Rakyat yang berkongsi kebimbangan yang sama dengan penulis apabila menonton acara tersebut yang disiarkan secara langsung di semua media utama negara.


Jumlah itu adalah terlalu jauh lebih banyak dari jumlah kehadiran himpunan Janji Demokrasi (Janji Bersih, Bersih 4.0) di Kuala Lumpur pada malam 30 Ogos yang lepas dan sambutan di Shah Alam (pada malam sama), dihimpunkan sekali.

Termenung juga penulis memikirkan apa sebenarnya yang sedang berlaku? Takkan Najib masih mendapat sambutan dan sokongan dari rakyat lagi setelah Pakatan Rakyat menonjolkan begitu banyak janji yang menarik untuk rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Tapi kerisauan itu dengan cepat hilang bila penulis dimaklumkan oleh sumber-sumber yang layak dipercayai bahawa bagi setiap kepala yang hadir semalam dibayar RM 100 seorang untuk ‘meramaikan’ acara itu. Maklumat itu menyebut bahawa sekurang-kurangnya 160,000 orang dibayar dengan jumlah tersebut dan jumlah perbelanjaan terlibat adalah sebanyak RM 16 juta!!!

Bukan itu sahaja, perkhidmatan pengangkutan dengan menggunakan LRT, Komuter dan bas juga disediakan percuma untuk memudahkan hadirin yang hadir. Yang ini tak tahulah berapa banyak wang lagi yang dibelanjakan.

Oleh yang demikian, kepada penyokong Pakatan Rakyat semua, janganlah gentar dengan jumlah kehadiran tersebut kerana kita tahu sekarang bahawa mereka semua datang kerana dibayar.

Cuma kalau boleh penulis hendak tahu juga organisasi mana atau pihak mana yang menguruskan kehadiran yang sebegitu ramai manusia dengan jayanya. Sebab kelihatannya ia berjaya dilakukan dengan jaya sekali (walaupun dibayar).

Lebih membimbangkan, ia bukan kali pertama. UMNO pada Mei telah berjaya menghimpunkan ratusan ribu ahli-ahli mereka di stadium sama dengan jayanya juga.

Penulis tahu ada juga peserta himpunan Pakatan Rakyat yang dibayar untuk hadir tapi jumlahnya masih lagi mengecewakan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz contohnya, memberikan wang kepada semua peserta himpunan Bersih 3.0 dari Kelantan yang hadir ke Kuala Lumpur pada 28 April lepas.

Begitu juga dengan kerajan-kerajaan dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat yang lain.

Kalau ada keutamaan yang perlu diberi perhatian segera, penulis rasa inilah dia – mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan sambutan rakyat lebih ramai dalam himpunan yang Pakatan Rakyat anjurkan. - Suarapakatanrakyat.com

0 comments

Post a Comment