Sep 3, 2012

Manchester United Belasah Southampton

SOUTHAMPTON: Robin van Persie meledak hatrik untuk bangkit menewaskan Southampton 3-2 sekali gus meraikan perlawanan ke-1,000 kelab itu di bawah kendalian pengurus Sir Alex Ferguson, malam tadi.


Ferguson seakan-akan kecewa dengan permainan anak buahnya yang hampir dikejutkan oleh Southampton di Stadium St Mary’s.

Namun van Persie — meledak untuk menyamakan kedudukan selepas Rickie Lambert menyumbat masuk gol awal pada minit ke-16.

Masuk separuh kedua, Southampton kembali di depan menerusi jaringan Morgan Schneiderlin namun van Persie kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-87.

Ketika masa permainan hampir tamat, van Persie kembali mengenakan sentuhan berbisanya dengan menanduk masuk bola umpanan Nani dari tendangan sudut.

Ia juga adalah gol ke-100 penyerang Belanda itu sepanjang bersama Liga Perdana Inggeris serta melengkapkan tiga mata untuk United. - Bharian

0 comments

Post a Comment