Sep 5, 2012

Panas! Video Suhaila Berjudi Dirakam Jimmy

Isu mengenai masalah rumah tangga Jimmy Shanley sampai kini masih lagi belum ada penyelesaiannya.

Terkini, dikatakan Jimmy Shanley telah menyerahkan dua salinan video kepada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebagai menyokong akan keterangan beliau tentang kelakuan Nursuhaila.

Pelakon dan pengacara ini mempertikai kelayakan Nursuhaila sebagai ibu selepas isterinya itu menuntut hak penjagaan anak perempuan mereka, Zahra Rania Shanley.


Jimmy Shanley memberitahu dua rakaman video menggunakan iPad ini di’rakamkan masing masing pada Ogos 2010 dan 5 Disember 2010 di kediaman Nursuhaila.

Harian Metro turut melaporkan yang Jimmy Shanley memberi keterangan di mahkamah yang Nursuhaila gemar berjudi pada waktu malam sehingga subuh dan tidur sepanjang siang hari.

Mahkamah menetapkan 6 Disember sebagai tarikh memutuskan kesahihan video selain menetapkan sama ada video itu boleh ditayangkan secara terbuka atau mengandungi perkara sensitif. - Rotikaya.com

0 comments

Post a Comment