Aug 17, 2015

Tolong Tutup Mulut, Kata PM Pada Penjawat Awam

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta penjawat awam untuk menutup mulut daripada membocorkan rahsia kerajaan.

Najib Razak

Bercakap di Putrajaya hari ini, Najib berkata, akhir-akhir ini banyak rahsia kerajaan telah “bocor”.

“Tolong jaga rahsia kerajaan,” katanya.

Beliau berkata jika sesebuah jawatan atau kementerian belum bersedia membuat pengumuman, perkara itu tidak perlu didedahkan kerana keputusan akhirnya mungkin berbeza.

“Tengok apa jadi dengan caj tol, sebelum dimuktamadkan, ia sudah bocor kepada orang awam,” katanya.

Najib pada 13 Jun lalu menyifatkan pihak yang membocorkan cadangan kenaikan tol lebuh raya sebagai mengkhianati kepercayaan kabinet.

Perdana menteri juga menegaskan keputusan menaikkan kadar tol berkenaan belum dimuktamadkan walaupun telah dibincangkan.

Sumber memberitahu Malaysiakini, majoriti anggota kabinet bersetuju menaikkan kadar bayaran tol untuk 16 daripada 19 lebuh raya di negara ini.

Begitu juga laporan Berita Harian yang menyatakan kadar bayaran tol untuk 16 lebuh raya akan dinaikkan antara 20 sen hingga RM1 mulai Ogos ini.

Bagaimanapun jurucakap pemegang konsesi lebuh raya memberitahu Bernama mereka tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

0 comments

Post a Comment