Jul 17, 2018

Mydin Nafi Hebahan Baucer RM1,000

SHAH ALAM - Pasar raya Mydin menafikan hebahan yang tular di media sosial berkenaan pemberian baucer membeli-belah percuma bernilai RM1,000 sempena ulang tahun ke 78 tahun pasar raya berkenaan.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, hebahan itu adalah tidak benar sedangkan pasar raya itu baru menyambut ulang tahun yang ke 61 baru-baru ini.

Beliau menasihatkan pelanggan agar tidak mudah percaya penularan hebahan yang dianggap tidak logik.

“Mana-mana individu yang dapat makluman berkenaan hal ini perlu menyemak terlebih dahulu dengan lawati laman web pasar raya Mydin,” katanya kepada Sinar Harian.

Hari ini, tular di media sosial mengenai pasar raya Mydin memberi baucer membeli-belah secara percuma bernilai RM1,000 untuk meraikan ulang tahun ke 78 perkhidmatan pasar raya Mydin.

Melalui pesanan itu, orang ramai perlu menjawab kaji selidik sebelum melayakkan diri mendapat baucer berkenaan. -Sinar Harian

0 comments

Post a Comment