Jul 4, 2018

Pemburu Wanita Bunuh Spesis Zirafah Hitam Yang Jarang Ditemui

KENTUCKY, Amerika Syarikat – Seorang pemburu wanita menimbulkan kemarahan orang ramai selepas gambarnya bersama seekor spesies zirafah hitam yang jarang ditemui tersebar di media sosial.

Tess Thompson Talley yang berasal dari Talley, dekat sini memuat naik gambar bersama zirafah yang dibunuhnya itu di laman Facebook ketika mengikuti lawatan pemburuan di Afrika Selatan tahun lalu.

Malah Tess menyifatkan kejayaan membunuh zirafah itu sebagai saat yang diimpikan dalam hidupnya.

“Doa saya untuk impian berburu sekali seumur hidup menjadi kenyataan hari ini.

Melihat zirafah hitam yang jarang ditemui dan memerhatikannya buat seketika.

Berusia lebih 18 tahun dengan berat kira-kira 1,800 kilogram (kg) dan diberkati kerana dapat 907kg dagingnya,” tulis Thompson di status tersebut.

Foto kontroversi itu telah dikongsi oleh pemilik akaun Africa Digest minggu lalu yang kemudian menjadi viral di internet dengan tanda pagar #TessThompsonTalley.

Tess yang turut menerima ugutan bunuh sejak gambar itu tersebar, mempertahankan tindakannya dengan memberitahu Fox News bahawa haiwan itu sudah terlalu tua untuk membiak. – Agensi

0 comments

Post a Comment