Nov 8, 2018

Kim Jong-un Merokok Di Sebelah Peluru Berpandu Kejutkan Ramai Pihak!

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un sudah terkenal dengan ketegasan dan kegilaannya mahu menghancurkan dunia dan mungkin kerana itu tiada siapa berani menegur sebarang tindakan aneh dilakukannya walaupun sesuatu yang amat berbahaya.

Menurut portal Mail Online, Kim Jong-un dilihat memegang sebatang rokok di sebalik enjin roket peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) Korea Utara beberapa minit sebelum dilancarkan.

Dalam klip video berdurasi lebih tiga minit itu, Jong-un berada hanya beberapa langkah dari pangkalan enjin pelancar roket Hwasong-14.

Menerusi rakaman yang tular di laman Twitter tersebut menunjukkan, Jong-un kemudian bertindak menyalakan rokok sebaik sahaja peluru berpandu itu bersiap sedia untuk dilancarkan pada Selasa lalu.

Tiada siapa pula yang cuba menghentikannya malah membiarkan sahaja beliau terus menghembuskan asap rokoknya tanpa memikirkan kemudaratan yang mungkin boleh berlaku.

Ramai yang melihat video itu mengakui terkejut kerana tindakan berkenaan diketahui sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kebakaran besar.

Korea Utara mengumumkan pelancaran ujian ICBM pada Selasa lalu dengan mengatakan peluru berpandu itu mampu membawa kepala peledak nuklear yang besar dan berat. -utusan

0 comments

Post a Comment