Sep 28, 2012

P/Raya Kampus Bukti PR Hanya Hebat Bercakap

Kalau kita imbas cakap ramai pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini, kelihatannya majoriti mahasiswa berada di belakang pembangkang, menyokong Anwar Ibrahim dan sebagainya.


Bagaimanapun, keputusan pilihanraya kampus yang sebahagian besarnya baru selesai semalam, menunjukkan keputusan sebaliknya. Kalaupun pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memilih kumpulan pro Mahasiswa @ Pakatan Rakyat sebagai wakil mereka, masih lagi pro Aspirasi @ kerajaan menguasai majoriti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti di seluruh negara.

Itu menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat ini hanya hebat dari segi propaganda sahaja, bunyi bising-bising sikit dah dakwa mahasiswa menyokong perjuangan mereka. Memanglah ada yang sokong, tapi jumlahnya tak ramai, suara saja yang gamat!!

Tak keterlaluan kalau penulis katakan, senario sama juga berlaku di luar kampus.

Rakyat yang menyokong kerajaan adalah lebih ramai jumlahnya tapi sebab kelompok ini tidak berminat nak bertekak di kedai kopi berbanding yang sokong pembangkang, maka nampak macam pembangkang yang mendahului.

Penyokong kerajaan sebenarnya malas saja nak bertekak pasal politik ni sebab penyokong Pakatan Rakyat diketahui cukup emosi bila berhujah sebab depa tahu sumber berita yang depa bergantung, tersangatlah tidak berkredebiliti. Malah pernah berlaku penyokong Pakatan Rakyat dari PAS yang menceraikan isterinya sendiri sebab berlainan fahaman politik!!

Semua ini yang menjauhkan penyokong kerajaan daripada berhujah dengan penyokong Pakatan Rakyat di luar sebab takut puak ini hilang batasan dan buat benda-benda bodoh.

Pakatan Rakyat hanya hebat dari segi propaganda dan permainan minda (mind games) dalam banyak hal. Paling kehadapan sudah tentulah media dan blogger mereka apabila menggunakan pendekatan dan teknik fotografi tertentu untuk menampakkan ramai sangat penyokong yang datang, hakikatnya tidak ada pun.

Begitu juga dengan penggunaan warna khas pada baju mengikut tema himpunan tertentu, semua ini dibuat untuk menutup pandangan rakyat bahawa kehadiran dan sokongan rakyat dalam semua himpunan tersebut tidak seperti yang digembar-gemburkan.

Jadi janganlah kita semua terpedaya dengan taktik dan teknik yang digunakan Pakatan Rakyat untuk menunjukkan seolah-olahnya mereka dapat banyak sokongan dari rakyat. Keputusan dalam pilihanraya kampus ini adalah bukti bahawa Pakatan Rakyat ini hebat dari segi propa saja tapi habuk pun takde.

-Suaragenerasibaru.com

0 comments

Post a Comment