TAWAU - Pengguna yang mengalami kerosakan barangan elektrik ekoran masalah atau bekalan elektrik disaran membuat tuntutan kepada Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata, pengguna berhak berbuat demikian dan tuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan resit pembelian kepada syarikat utiliti tersebut.
Katanya, perkara itu telah dinyatakan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili semasa sesi sidang Parlimen yang berlangsung minggu lalu.
"Dalam sesi itu, saya telah menyuarakan tentang keluhan rakyat Sabah ekoran masalah gangguan elektrik yang sering berlaku di negeri ini, termasuk kerosakan barangan elektrik pengguna akibat permasalahan berkenaan.
"Hasil penjelasan tersebut, kita berharap pengguna yang berdepan masalah kerosakan barangan elektrik akibat gangguan bekalan elektrik boleh membuat tuntutan mereka dengan disertakan resit pembelian kepada SESB," katanya di sini hari ini.
Ekoran permasalahan bekalan elektrik yang sering berlaku di negeri ini, Abdul Ghapur turut menggesa SESB agar segera menyelesaikan permasalahan tersebut dengan lebih efektif kerana sangat membebankan rakyat.
Jelasnya, ramai peniaga termasuk yang menjalankan perniagaan sejuk beku mengadu mereka mengalami kerugian besar apabila bekalan elektrik terputus.
"Oleh yang demikian, SESB perlu bertindak segera mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah gangguan bekalan elektrik di Sabah ini kerana telah berlaku sejak lama dahulu, malah sangat membebankan rakyat terutama melibatkan golongan peniaga," katanya.
-Utusan

0 comments
Post a Comment