Seorang anggota parlimen Parti Amanah Negara (AMANAH) berpendapat, 'nafsu' PAS menempelak Tun Dr Mahathir Mohamad dan 'Malaysian Official 1' (MO1) pada ketika ini menampakkan perbezaan sangat ketara.
Menurut Hanipa Maidin, pendekatan PAS menyerang Dr Mahathir melalui pelbagai isu tidak setanding dengan kegigihan mereka menempelak MO1 - dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak.
"Saya rasa something is really really wrong somewhere (ada sesuatu yang sangat tak kena di mana-mana).
"Lagi satu, nampak sangat perbezaan nafsu (PAS) melawan Dr Mahathir dengan nafsu melawan MO1 dan kerosakan yang dibuatnya sekarang, khususnya (berkaitan) isu 1MDB.
"Yang satu nampak besar macam gajah, yang satu lagi nampak kecil macam semut," katanya hari ini.
PAS menegaskan parti itu tetap bergerak sebagai pembangkang dan menganggap pilihan raya umum (PRU) akan datang sebagai sangat kritikal.
Alasan disebut naib presiden parti itu, Idris Ahmad, PAS bukan saja berdepan BN malah (HARAPAN).
Kata Idris untuk kali pertama dalam sejarah, pembangkang menentang pembangkang dalam pilihan raya umum dan pihak lawan sepatutnya tahu di mana peluru hendak disasarkan.
Kenyataan itu dibuat ketika PAS dilihat sesetengah pihak semakin lunak kepada kepimpinan Najib dan kemunculan bersama pemimpin tertinggi kedua-dua parti di beberapa majlis menjadi sandaran anggapan itu.
Pada 17 Januari 2016 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, menjadi hak parti itu untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Umno.
Abdul Hadi bagaimanapun berkata kerjasama dengan Umno lebih tertumpu kepada usaha untuk menegakkan syiar Islam demi kepentingan umat Islam di negara ini.
Katanya, jalinan kerjasama itu itu bukan atas kepentingan politik.
Pada 20 Jun lalu pula Najib berkata prinsip dan perjuangan Umno ke arah memartabatkan umat dan agama Islam selama ini menyebabkan PAS 'suka' kepada parti itu.
Sekarang tunjuk taring
Berucap di Jitra Najib berkata sebab lain PAS suka kepada Umno ialah kerana parti itu "dibuli" DAP dalam pakatan pembangkang sebelum ini, selain mereka melihat Umno dari aspek kebajikan dan pentadbiran yang banyak menguntungkan umat Islam.
"Macam mana pun kita ada berbeza pendapat, kerajaan pimpinan Umno ada prinsip perjuangan dan dia (PAS) nampak perjuangan kita ke arah kepentingan memartabatkan umat Islam.
"PAS sudah serik dengan DAP... bila PAS bersama DAP dia kena buli, sampai PAS pun angkat tangan dan lari," katanya.
Sejak akhir-akhir ini PAS membangkitkan isu Memali yang beraku pada 19 November 1985 di kampung Memali, Baling, Kedah.
Insiden itu mengorbankan 18 orang termasuk empat anggota polis.
Ia menjadi antara detik penting dalam perjuangan PAS kerana guru agama yang terkorban itu allahyarham Ibrahim Mahmud adalah penyokong PAS.
Semalam PAS melalui timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menuntut kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat insiden hampir 32 tahun lalu itu.
Gesaan dibuat antara lain kesan kekecohan yang berlaku semasa Dr Mahathir menjawab soalan mengenai Memali dikemukakan peserta Nothing To Hide 2 di Shah Alam pada 13 Ogos lalu.
Dr Mahathir adalah perdana menteri ketika kejadian Memali berlaku manakala Tun Musa Hitam bertanggungjawab sebagai menteri dalam negeri.
Kata Hanipa secara peribadi beliau tidak ada halangan untuk PAS menuntut RCI Memali ditubuhkan kerana ia memang menjadi hak parti terbabit.
Bagaimanapun, kata bekas pengerusi biro undang-undang PAS itu, keadaan menjadi pelik apabila serangan hanya ditumpukan kepada Dr Mahathir saja dan Umno terkecuali daripada sasaran mereka.
Pada masa sama Umno juga berjuang bersama menyasarkan kecaman terhadap Dr Mahathir.
"Yang Umno dulu menikus, sekarang tunjuk taring apabila yang dah tak ada kuasa.
"Yang parti suci - seperti biasa - dia rasa hanya dia saja yang suci, yang tak pernah buat salah," katanya merujuk kepada PAS. -MK

0 comments
Post a Comment