Bapa kepada warga Mongolia yang mati dibunuh dengan kejam, Altantuya Shaariibuu menafikan menerima sebarang dana daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Saya dengar macam-macam, ada yang dakwa Najib membayar saya tetapi ini tidak benar," kata Setev Shaariibuu pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Secara berseloroh, beliau berkata, bahawa kerajaan persekutuan baru telah merampas harta dan wang Najib yang sepatutnya diberikan kepada keluarganya.
Setev dan cucunya memfailkan saman ke atas kerajaan untuk pampasan berhubung kematian Altantuya.
Dalang arah bunuh lebih penting
Bapa warga Mongolia yang mati dibunuh dengan kejam, Setev Shaariibuu tidak peduli dengan komando polis Sirul Azhar Umar - lelaki yang dihukum mati kerana membunuh anaknya, Altantuya.
Sebaliknya, Setev mahu mengetahui siapa yang mengarahkan anak perempuannya itu dibunuh.
"Saya tidak mahu bercakap tentang Sirul, atau tentang hukuman mati (yang dijatuhkan ke atasnya).
"Yang penting, siapa yang mengarahkan pembunuhan ini. Bukan Sirul," kata Setev.
Peguamnya,Ramkarpal Singh juga bersetuju bahawa Sirul tidak penting untuk kemungkinan kes pembunuhan Altantuya disiasat semula kerana terdapat bukti yang dijumpai yang boleh dikmukakan.
Beliau juga berkata bahawa polis mungkin sudah tahu siapa yang mengarahkan pembunuhan itu, dan ini tidak akan mengambil masa yang lama untuk perkara ini didedahkan. -malaysiakini
0 comments
Post a Comment