Sep 5, 2012

Baca Ayat Kursi Elak Dirogol

Ini kisah benar tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan pula jalan yang perlu dilalui agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang.


Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia mula rasa takut dan tak sedap hati.
Apa yang dia boleh buat waktu itu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia ketika itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan pagi, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dilorong yang dia lalui semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis mendapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan kenapa lelaki tadi tidak melakukan apa-apa terhadap dia sewaktu melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan pada masa itu, tetapi lelaki tadi merogol perempuan yang lalu selepas dia.

Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain.

Dia pun bertanya kepada perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kepada saya malam itu sedangkan saya hanya berjalan seorang diri?)

Jawab perogol itu:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam itu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan bersama awak. Seorang disebelah kanan dan seorang lagi disebelah kiri awak. Kalaulah awak berseorangan malam itu, sudah pasti awak jadi mangsa saya.)

Wanita ini merasa amat terkejut bila mendengar penjelasan perogol itu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita.

Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam, InsyaAllah.

0 comments

Post a Comment