KOTA KINABALU: Seorang petani dapat menarik nafas lega, apabila dibebaskan Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan merogol anak kandungnya.
Hakim Marlina Ibrahim membebaskan dan melepaskan tertuduh yang berusia 48 tahun, selepas perbicaraan penuh dijalankan.
Mahkamah membuat keputusan itu, selepas pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui di luar munasabah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh merogol mangsa yang berusia 12 tahun pada waktu kejadian, sekitar Oktober 2015 jam 9 pagi, di sebuah rumah kampung, daerah Kota Marudu.
Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan, penjara antara lapan tahun hingga tempoh 30 thaun, serta tidak kurang sepuluh sebatan.
Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil enam saksi, manakala dua saksi daripada pihak pembelaan.
Timbalan Pendakwaraya Rustam Sanip bertindak untuk pendakwaan, sementara tertuduh diwakili peguam Mohd Ari Nadzrah Abd Rahman. -utusan borneo
0 comments
Post a Comment