KOTA KINABALU: Timbalan Pengurus Pos Malaysia Negeri Sembilan Soimon Sinit dilantik sebagai Pengurus Negeri Sabah (Pos Malaysia) berkuatkuasa 1 Jun 2018.
Anak jati Kiulu itu menanggung tugas dan seterusnya menggantikan Haji Mohd Sairin Ibrahim yang kini bercuti sehingga bersara wajib pada 13 Julai depan.
Difahamkan Soimon menerima surat pelantikan untuk jawatan baharu itu pada penghujung Mei lepas.
Soimon, 56, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dari Open University pada 2007 dan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dari universiti yang sama pada 2009.
Soimon pernah berkhidmat di pelbagai bahagian Pos Malaysia Sabah, antaranya sebagai pengurus wilayah Sandakan (1996-2001), Pengurus Pembangunan Pos Sabah (2010-2012) dan Pengurus Sumber Manusia Wilayah Sabah (2013-2016) sebelum berpindah ke Negeri Sembilan.
Beliau memulakan kariernya di Pos Malaysia sebagai Penolong Penguasa Pos Kota Kinabalu pada Nov 1982. -utusan borneo
0 comments
Post a Comment