Jun 7, 2018

Royalti Minyak: Kerajaan Negeri Terima 5 Peratus

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan memberikan royalti minyak terus kepada kerajaan negeri yang mengeluarkan minyak sebanyak lima peratus.

Menurut Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, berbeza dengan sebelum ini, royalti minyak diberikan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan.

“Sebelum ini (royalti) diberi kepada agensi pusat negeri di bawah Jabatan Pembangunan Persekutuan tetapi kini akan terus kepada kerajaan negeri tidak kira daripada parti mana termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya selepas ditemui pemberita selepas Mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Hadir sama pada mesyuarat tersebut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng termasuk Memnter-Menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri. -Bernama

0 comments

Post a Comment