SEORANG wanita ditelan seekor ular sawa ketika sedang berkebun.
Wa Tiba disedari hilang oleh anak-anaknya selepas tidak pulang ke rumah di Selatan Sulawesi pada Khamis lalu.
Berikutan itu, mereka mula mencari pagi pagi Jumaar dan hanya menemui sepasang selipar, sebilah pisau dan lampu suluh lebih kurang 30 meter dari semak berdekatan.
Selepas itu, mereka bertemu dengan seekor ular sawa sepanjang 27 kaki yang kelihatan sukar bergerak dan seperti ada sesuatu di dalam perutnya.
Mereka menghubungi pihak berkuasa dan menangkap ular tersebut.
“Semua orang menangis dan terkejut dengan apa yang berlaku.
"Terlalu simpati. Ia seperti filem seram,” ujar salah seorang penduduk, Ayu Kartika.
Mereka yakin ular tersebut mula menelan kepala mangsa terlebih dahulu memandangkan ianya sudah terpisah daripada badan mangsa.
Manakala mangsa kelihatan lengkap berpakaian, namun tanpa kepala selepas perut ular itu dibelah. -mstar
0 comments
Post a Comment