BEKAS pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng Chong Hwa yang ditangkap di Kuala Lumpur, akan diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) untuk dihadapkan dengan pertuduhan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) scandal.
Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Amar Singh berkata ekstadisi itu akan mengambil sedikit masa.
“Dia akan diekstradisi ke AS memandangkan waran tangkapan ke atasnya sudah dikeluarkan,” Amar memberitahu.
“Tetapi ini akan mengambil masa kerana Ng juga akan disoal siasat oleh pihak berkuasa Malaysia.”
Sumber memberitahu ini adalah berasingan daripada soal siasat oleh JSJK.
“Selepas JSJK, AMLA juga akan menyoal Ng,” sumber itu memaklumkan kepada The Malaysian Insight.
Ng didakwa bersama ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho dan seorang lagi bekas pegawai bank bank Goldman Sachs, Tim Leissner.
Ketiga-tiga mereka dikatakan bersekongkol mengubah berbilion dolar yang diseleweng daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan memberi rasuah kepada beberapa pegawai Malaysia dan Abu Dhabi.
Leissner telahpun mengaku bersalah ke atas konspirasi mengubah wang haram dan melanggar Akta Amalan Rasuah Luar Negara, dan diarahkan membayar AS$43.7 juta (RM118 juta).
Dalam kertas pertuduhan DoJ, Ng disebut sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan Low bagi memindahkan wang dari sebuah syarikat British Virgin Islands untuk “membayar” hadiah kepada “Madam”, kod nama yang diberi kepada isteri bekas perdana Najib Razak, Rosmah Mansor.
Ng turut disebut bersama Low, anak tiri Najib Riza Aziz dan Leissner dalam usaha untuk memindahkan dana dari transaksi bon yang kemudiannya digunakan dalam pembuatan filem The Wolf of Wall Street.
0 comments
Post a Comment