KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, hari ini meminta bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menjelaskan perjanjian berat sebelah dan meragukan bernilai RM9.4 bilion ditandatangani oleh Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER).
“Lembaga Pengarah (SSER) terutamanya Tan Sri Irwan Serigar, mesti menjelaskan mengapa SSER menandatangani kontrak yang jelas berat sebelah yang mengugat kepentingan rakyat dan kerajaan Malaysia.
Kedua-dua projek ini mendapat perhatian Kementerian Kewangan selepas pihak kementerian mengetahui pihak SSER sudah membayar 88 peratus daripada nilai projek atau RM8.3 bilion, walaupun hanya 13 peratus kerja sahaja sudah dilakukan oleh kontraktor China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB).
Projek MPP melibatkan pembinaan 600km talian paip petroleum pelbagai produk yang menghubungkan Jitra dengan Melaka dan Port Dickson dianggarkan bernilai RM5.35 bilion.
Daripada jumlah ini, RM2.53 bilion dibayar di dalam ringgit manakala yang lain dibayar di dalam matawang negara China CNY4.53 bilion.
Projek TSGP pula melibatkan pembinaan 662km talian paip gas yang menghubungkan Terminal Gas Kimanis dengan Sandakan dan Tawau. Kos projek dianggarkan bernilai RM4.06 bilion.*
Daripada jumlah ini, RM2.14 bilion dibayar di dalam ringgit manakala yang lain dibayar di dalam matawang negara China CNY3.08 bilion.
Kontrak bagi kedua-dua projek ini yang bernilai RM9.41 bilion telah diberikan kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) pada 1 November 2016.
Perjanjian-perjanjian yang berkaitan telah ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Penbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar, yang juga Pengerusi SSER.
Beliau telah meletakkan jawatan pada 23 Mei 2018.
SSER telah mendapatkan pinjaman daripada China EXIM Bank yang bersamaan dengan 85% daripada nilai projek seperti yang ditetapkan pada 22 Mac 2017.
Mengikut rancangan syarikat, baki 15% akan dibiayai melalui terbitan sukuk.
Kedua-dua pinjaman dan sukuk ini dijamin oleh kerajaan persekutuan Malaysia.
Semasa satu taklimat bertarikh 28 Mei 2018, SSER telah melaporkan kepada pegawai-pegawai Perbendaharaan yang projek-projek sudah bermula pada bulan April 2017, dan ia akan memakan masa tiga tahun untuk siap. -sinar online
0 comments
Post a Comment