Jun 30, 2018

Tarif Letrik Di Semenanjung Naik Bermula 1 Julai 2018

PUTRAJAYA – Tarif elektrik pengguna komersial termasuk pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj sebulan di Semenanjung Malaysia akan terkesan ekoran keputusan Suruhanjaya Tenaga mengenakan surcaj tambahan sebanyak 1.35 sen/kWj bermula esok sehingga 31 Disember ini.

Suruhanjaya Tenaga dalam satu kenyataan memberitahu, keputusan itu dibuat berikutan peningkatan kos bahan api dan penjanaan elektrik yang tinggi.

Dalam kenyataan tersebut, kerajaan menetapkan surcaj tambahan iaitu kos tidak berimbang (ICPT) tersebut harus dikecualikan kepada semua pengguna domestik bagi tempoh esok sehingga 31 Disember ini. -kosmo

0 comments

Post a Comment