Jun 30, 2018

King Cup Sardines in Tomato Sauce Selamat Dimakan

KUALA LUMPUR - Syarikat Marushin Canneries (M) Sdn Bhd menjelaskan bahawa produk sardin dalam tin berjenama King Cup yang dikeluarkannya tidak terbabit dengan produk sardin yang ditarik balik dari pasaran seperti arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusianya, Josephine Loo dalam kenyataan hari ini berkata, produk ‘King Cup - Sardines in Tomato Sauce’ tidak terkandung dalam senarai produk yang ditarik balik seperti dilaporkan.

“Kenyataan KKM dengan jelas menyatakan (syarikat itu) Mackerel in Tomato Sauce (antara produk yang ditarik balik), bukan Sardines in Tomato Sauce,” katanya.

Menurut kenyataan KKM semalam, tiga produk sardin dalam tin dan tiga produk mackerel dalam tin dikesan mengandungi bendasing iaitu cacing.

Sehubungan itu KKM telah mengarahkan produk berkenaan ditarik balik dari pasaran. -bernama

0 comments

Post a Comment