Sep 5, 2012

2 YB DAP Bertarung KUNG FU Sampai Masuk Hospital Kerajaan

Isnin lalu, satu pergaduhan berlaku antara ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa dengan ADUN Bentayan, Gwee Tiong Hiang semasa ceramah Lim Guan Eng di Dewan Banquet Sekolah Kebangsaan Cina Sungai Abong pada lebih kurang 9:30 malam.

Persengketaan di dalam DAP Johor khususnya di Muar masih berterusan setelah sekian lama. Untuk mengetahui latarbelakangnya, sila lihat satu artikel bertarikh September 2011 berkenaan persekengketaan dalaman DAP Johor dari laman blog pembangkang sini.

Pergaduhan itu begitu sengit hingga kedua-dua wakil rakyat DAP ini dimasukkan ke hospital. Sebagai wakil rakyat mereka layak mendapat rawatan kerajaan.

Difahamkan ianya timbul dari perasaan tidak puashati kerana ada pihak yang tidak mendapat jemputan.

ADUN Bentayan, Gwee Tiong Hiang merupakan kuncu Lim Guan Eng, maka kemungkinan besar ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa tidak dijemput ke majlis trsebut.

0 comments

Post a Comment