Jul 6, 2019

Pelajar SK Stella Maris Menang Pingat Emas Dalam Dance World Cup 2019

Pasukan tarian dari beberapa sekolah rendah di Sabah berjaya menjulang nama Malaysia dalam Dance World Cup 2019 yang berlangsung di Altice Forum, Braga, Portugal, Ahad lepas.

Keunikan dan kekayaan budaya etnik berbilang kaum yang ada di Sabah memberikan kelebihan kepada pasukan negara apabila merangkul pingat emas menerusi kategori Children Duet/Trio National Folklore.

Mereka ialah pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Stella Maris, Muhammad Fakhrul Afif, Ahmad Mikail Damsal bin Abdul Hakim dan Oscar Neil Gelibat menerusi tarian etnik tempatan, Nambuyunan.

Sekali lagi, pelajar SK Stella Maris Mohd. Fakhrul Afif, 12, mempersembahkan tarian etnik Brunei iaitu Ag. Alak Betatar memenangi pingat emas bagi Kategori Solo Children National Folklore.

Untuk kategori sama, pelajar tahun enam SRK. St Agnes, Ameena Zulaikha Amlee,12, pula memungut gangsa menerusi tarian Rala’a yang diilhamkan dari tarian etnik suku kaum Murut.

Sementara itu, SK Mutiara Kota Kinabalu turut berjaya membawa balik pingat emas melalui kategori Children Small Group National Folklore Dance.

Dance World Cup 2019 merupakan sebuah pertandingan tahunan pelbagai genre tarian dan disertai lebih 20,000 penari dari seluruh dunia. -Dailyexpress

0 comments

Post a Comment