PETALING JAYA: Sekumpulan 30 samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat PKR, Tropicana dekat sini tengahari tadi.
Menurut laporan Keadilandaily kumpulan samseng itu memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional.
Mereka memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, ‘Jalur Gemilang’ dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Portal itu yang memetik kenyataan Setiausaha Wanita PKR, Juwairiya Zulkifli berkata kumpulan samseng itu juga cuba bertindak ganas ke atas mereka yang cuba mengawal keadaan.
Demonstrasi pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat.
Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Pembangkang sejak kebelakangan ini.
Ahad lalu, Anwar turut diserang di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah ketika sedang menyampaikan tazkirah Maghrib, selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya. - Harakahdaily.net
- Beritasabahkini.blogspot.com

0 comments
Post a Comment