SHAH ALAM - Nasihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu ahli Barisan Nasional (BN) tidak mensabotaj calon yang dipilih perlu diambil serius oleh semua ahli terutamanya pemimpin parti.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau amat bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir dan menganggap pemikiran beliau tepat kerana berpengalaman selama 22 tahun dalam arena politik negara.
Menurutnya, pada pilihan raya umum 2004, BN memperoleh kemenangan besar, namun pilihan raya umum lalu telah berlaku tsunami politik kerana ketidakpuasan dan sabotaj ke atas calon yang bertanding dari dalam parti sendiri.
"Pandangan itu sahih dan ia telah berlaku di beberapa tempat pengundian. Pada peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) menang, tetapi di peringkat calon Parlimen kalah disebabkan berlakunya perbalahan dalaman.
"Inilah yang berlaku pada 2008 mengakibatkan kekalahan BN yang paling teruk disebabkan faktor disabotaj ahli sendiri," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, beliau juga turut bersetuju dengan peringatan Dr Mahathir dan mahu perkara itu tidak berlaku lagi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
"Ia merupakan perkara paling asas dalam parti dan ahli sendiri sepatutnya ikhlas dan tidak boleh menjadikan faktor perbalahan serta tidak menyenangi calon sebagai punca untuk melakukan sabotaj," katanya.
Katanya, parti perlu menyiasat siapa yang mendalangi perkara itu dan individu bertanggungjawab mesti dikenakan tindakan sewajarnya sama ada menggantung keahlian dalam parti atau tindakan yang lebih berat.
Menurutnya, dengan adanya tindakan itu, ia akan memberikan kesedaran kepada mereka tentang kepentingan dan kesetiaan dalam parti. - SinarHarian
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan

0 comments
Post a Comment