Sep 5, 2012

Oh Wanita!, Mahalkan Harga Diri Anda

ika kau seorang yang mempunyai kereta yang mewah,poket yang penuh dengan wang pasti kau akan dikelilingi oleh betina-betina.Kau tak perlu mencari kerana mereka akan hadir dengan sendiri dan merelakannya walaupun kau adalah seorang yang jahil & hodoh bagi sahabat-sahabat kamu. Percayalah,ini adalah suatu hakikat yang boleh kita lihat sekarang. Tak percaya???? Bukalah mata hati kamu, biar buta mata, tapi jangan buta hati.


Aku tergelak melihat suasana sekeliling aku, keadaan yang sangat melucukan jika difikirkan balik. Begitulah harga maruah betina yang bertebaran di muka bumi Allah ini. Adakah mereka berfikir????? YA!!! Memang mereka berfikir, sentiasa berfikir bagaimana mahu dicampakkan bayi didalam kandungan mereka.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Mahal disini bukannya bermaksud jual mahal dengan menampakkan diri seorang yang 'hot',gaya macam artis,mewah,pakaian berjenama,bercakap macam orang putih,freehair atau sebagainya. Itu dipanggil 'demand' (4 me la) tetapi janganlah mengutuk orang-orang ini kerana menghina itu adalah hak ALLAH dan memuji adalah selayaknya kepada Allah. Teringat kisah Nabi Muhammad S.A.W semasa berdakwah, Baginda dikutuk, dicaci, dimaki, disakiti sehinggakan malaikat penjaga gunung meminta izin untuk menghenpap gunung kepada golongan kafir itu, tetapi Nabi menolak dan mnjawab 'Sesungguhnya mereka tidak tahu'. Yakinlah bahawa hidayah itu hak milik Allah, kita tak boleh memberi hidayah kepada orang-orang yang kita sayangi. Jangan sesekali menghina dosa lepas seseorang hamba yang lain kerana "Takkan mati seseorang yang menghina dosa orang lain setelah dia melakukan dosa tersebut". (hadis nabi)

Tetapi mahal disini menunjukkan akhlak yang baik. Jagalah fitrah sebagai seorang manusia tak kira lelaki atau perempuan. Beramallah dgn ilmu, jauhilah daripada bersangka jahat kerana bersangka jahat itu adalah sebohong-sebohong cakap.Mungkin akan ada sesetengah orang akan menganggap aku ni 'berlagak baik' ataupun ayat yang telah aku dengar 'apih hnya pandai berkata-kata' jika membaca blog ini.Aku cuma berusaha untuk beramal dgn ilmu. Imam al-Ghazali pernah menasihati kita bahawa “ilmu tanpa amal gila dan amal tanpa ilmu sia-sia".Aku yakin ramai yang tahu tentang semua ni tetapi berapa ramai yang beramal dengan ilmu????? Aku pun jahil jugak,tapi takkan nak stay dalam kejahilan sampai bila-bila????? Kita yang menentukan kemana hala tuju kita bukan orang lain, ke syurga atau neraka. Ketahuilah bahawa azab orang yang berilmu lebih perit daripada orang yang tak berilmu. Nauzubillah . Sesungguhnya setiap anak Adam itu melakukan kesilapan. Nabi Adam sendiri pun melakukan ksilapan. Fikir-fikirkanlah bahawa pengakhiran hidup kita adalah mati & ingatlah mati kita mati tak BERTEMAN.

Sejahat-jahat lelaki sekalipun akan memilih yang terbaik untuk calon isterinya tapi muhasabah lah diri kita dulu wahai LELAKI...

Sekarang bunga bukan sekuntum untuk jutaan kumbang,itu adalah 1 polemik yang sudah lapuk. Sedarilah hakikat sebenar sekarang ialah seekor kumbang adalah untuk jutaan bunga. Tetapi itu tidak bererti Si kumbang itu berada dalam keadaan yang selesa menunggu datangnya bunga. Takkan berlaku kecualilah Si kumbang itu sendiri mencarinya dan berusaha mengharungi halangan untuk mendapatkan bunga-bunga itu. Bunga-bunga haruslah menghiasi dirinya dengan duri-duri yang tajam, halangan-halangan dan duri itu adalah maruah dan harga diri sekuntum bunga itu.Si Kumbang takkan mampu membeli Si bunga jika Si bunga itu mahal maruahnya, kuat pegangan agamanya. Untuk mendapatkannya Si kumbang haruslah kuat Imannya, elok akidahnya. 'Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik' .(firman Allah) - Nmhafiz.blogspot.com

- Beritasabahkini.blogspot.com

0 comments

Post a Comment