Sep 5, 2012

Buat 'Saudari' Yang Fikir Dirinya Masih Ada Maruah

Sangat-sangat sedih mendengar cerita saudari, sangat-sangat sedih melihat saudari, sehingga menitis air mata kerana kebanggaan saudari terhadap kecantikan yang saudari miliki, kecantikan yang sementara. Janganlah jadikan dirimu yang sangat bernilai menjadi murah dan tak ternilai lagi kerana kecantikan yang dipertontonkan. Janganlah ISLAM hanya dinama, janganlah nama 'MUSLIMAH' sebagai kata-kata menampakkan ia sesuatu yang baik.

Sedarilah wahai saudari, wanita itu adalah perhiasan dunia, dunia yang sementara. Janganlah kerana kecantikan saudari tergadai maruah saudari sebagai seorang muslimah. Apakah saudari inginkan? Pujian? Nama? Hanya cita-cita yang menggadaikan maruah sahaja. Maruah seorang ISLAM.

Tak perlulah aku mengutuk atau menilai saudari kerana sudah cukup malaikat dikiri dan kanan saudari menilai perbuatan saudari, sudah lupakah akan tugas mereka? Sesungguhnya mereka adalah sebaik-baik penilai. Tak perlulah untuk aku memuji saudari atas kecantikan sementara saudari kerana pujian adalah selayaknya kepada pencipta kecantikan saudari iaitu Allah.

Kasihan saudari, kecantikan saudari penyebab saudari angkuh, kecantikan saudari penyebab maruah saudari tergadai. Tidak cukupkah dosa-dosa silam sehingga saudari ingin menambahnya?

Tiada guna aku meratapi dan menangisi perbuatan saudari sedangkan saudari sendiri mempertontonkannya tanpa rasa bersalah dan tanpa rasa berdosa sedikit pun malah mempertontonkannya dengan bangga yang amat angkuh sekali. Berbanggalah dengan pujian yang diperolehi. Tahniah kerana saudari telah berjaya mendapatnya. Cukuplah aku sekadar kecewa, cukuplah aku sekadar mendoakan supaya saudari sedar. Aku tak sekuat orang lain untuk membimbing saudari. Maafkan aku kerana menangisi.

Abaikan jika saudari tidak terasa kerana coretan ini dituju kepada 'saudari'. Sekian sahaja coretan pada malam saudari berbangga dengan kecantikan saudari. Selamat mengejar cita-cita saudari. Cita-cita yang tidak bermaruah. Kasihan, kasihan dan sangat-sangat kasihan.
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Surah An-Nur.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan penguasa yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka ada goh bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya.” (HR, Muslim)

Saya bukanlah seorang alim yang dapat menafsir ayat-ayat Al-Quran serta memahami Hadis-hadis Nabi S.A.W. Dan tidaklah terlintas untuk menafikan kedua-dua sumber agung dari Allah S.W.T. - Nmhafiz.blogspot.com

- Beritasabahkini.blogspot.com

0 comments

Post a Comment