KOTA KINABALU: Sebuah Penerbangan Ehsan (Mercy Flight) menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah diterbangkan untuk membawa dua orang pesakit dari Tawau ke Kota Kinabalu.
Menurut Panglima 2 Divisyen Udara, Mejar Jeneral Sabri Adam, Penerbangan Ehsan yang merupakan ke lima dijalankan oleh TUDM pada tahun ini telah berlepas pada jam 9 pagi dari Lapangan Terbang Tawau dan tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 10 pagi, kohnarin.
"Penerbangan yang membawa dua pesakit tersebut merupakan salah satu usaha TUDM dalam membantu masyarakat yang memerlukan dan memberi perkhidmatan di masa aman disamping menjalankan tugas utama, iaitu sentiasa bersedia rnenjaga kedaulatan negara," katanya dalam kenyataan, sini, kelmarin.
Sementara itu katanya, pesakit yang dibawa dalam Penerbangan Ehsan tersebut adalah Awi Azhir Ahmad, berumur 19 tahun, mengalami kecederaan melecur tahap 2 di bahagian atas tubuh akibat kemalangan letupan di tempat kerja beberapa hari yang lalu.
Manakala seorang lagi pesakit, Mohd Shafiq Arshad, berumur 9 tahun mengalami kemalangan domestik melecur tahap 2 akibat terkena tumpahan bubur panas di rumahnya beberapa hari lepas, katanya.
Kedua-dua pesakit tersebut turut diiringi seorang doktor dan seorang jururawat bersama ibu masing-masing di dalam penerbangan tersebut bagi memantau keadaan mereka. - NST

0 comments
Post a Comment