KOTA KINABALU: Tan Sri Bernard Dompok rabu lalu mengumumkan peletakan jawatan sebagai presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) berkuat kuasa 21 Mac depan selepas menerajui parti itu selama 20 tahun.
21 Mac adalah tarikh parti itu ditubuhkan kira-kira dua dekad lalu dan Timbalan Presiden, Datuk Wilfred Madius Tangau akan memangku jawatan presiden mengikut perlembagaan parti itu.
Dompok, 64, berkata sudah tiba masanya beliau mengundurkan diri dan menyerahkan pucuk pimpinan parti kepada kepimpinan baharu yang boleh menyuntik idea-idea baharu untuk meneruskan perjuangan parti bagi menghadapi landskap politik negara yang sudah berubah.
“Saya telah memikirkan secara mendalam dan bermuhasabah diri sebelum mengambil keputusan mengundurkan diri. Ia bukan keputusan yang mudah untuk saya ambil berikutan anggota parti mahu saya terus memegangnya.
“Tetapi saya yakin sudah tiba masanya untuk saya menyerahkan jawatan ini kepada barisan kepimpinan baharu,” katanya ketika mengumumkan keputusannya itu di Nabalu Puru Lodge, Putaton, Penampang di sini kelmarin.
Katanya sebelum ini beliau telah banyak kali menyuarakan pandangan kepada anggota parti bahawa seseorang presiden parti tidak boleh terlalu lama memegang jawatan itu dan melebihi masa sepatutnya kerana ia boleh merenjatkan perkembangan parti.
Dompok yang merupakan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi sehingga Mei tahun lepas berkata perubahan pucuk pimpinan parti akan memberi ruang kepada perubahan melalui idea-idea baharu.
Beliau meminta semua anggota dan kepimpinan Upko supaya memberi sokongan penuh kepada Tangau sepertimana sokongan yang telah mereka berikan kepadanya sebelum ini.
Katanya Tangau, 56, sudah bersedia menerajui Upko kerana beliau memiliki semua ramuan yang diperlukan Upko untuk meneruskan kerja dan perjuangan parti yang telah dilaksanakan semua anggota dan kepimpinan parti secara bersama-sama sejak 20 tahun lalu.
Dompok berkata sepanjang beliau menerajui Upko, parti berkenaan telah menyumbang kepada pelbagai idea bagi menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan Sabah termasuk isu pendatang asing tanpa izin sehingga membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin.
Katanya ekoran penubuhan suruhanjaya berkenaan, siasatan telah pun dijalankan dan kini hanya menunggu laporan hasil siasatan berkenaan.
Selain itu, Dompok berkata pihaknya juga begitu lantang menyuarakan keperluan pembangunan di Sabah dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, pendidikan dan agama yang masih tidak seimbang dengan negeri-negeri lain meskipun kadang-kadang menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak.
Menurutnya parti berkenaan juga memainkan peranan dalam isu pengunaan perkataan ‘Allah’ di kalangan penganut Kristian melalui 10 perkara yang dipersetujui kabinet bagi membolehkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan perkataan berkenaan dalam upacara keagamaan mereka.
Dompok mengucapkan terima kasih kepada semua anggota dan kepimpinan Upko yang memberinya sokongan selama ini sehingga mampu melaksanakan tugas sebagai presiden parti.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat sama ada di kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang pernah diwakilinya atas sokongan mereka selama ini.
Dompok dipilih anggota Dewan Undangan Negeri Moyog dan anggota Parlimen Penampang pada 1986. Beliau mempertahankan kedua-dua kerusi itu dalam pilihan raya 1990.
Ditanya perkara yang beliau akan lakukan selepas melepaskan jawatan presiden kelak, Dompok berkata beliau akan terlibat dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan terus aktif dengan Upko dan menyokong parti berkenaan apabila perlu.
UPKO, dahulunya dikenali sebagai Parti Demokrat Sabah (PDS) merupakan sebuah daripada komponen Barisan Nasional (BN) Sabah. Ia diasaskan Dompok dan beberapa pemimpin lain yang meninggalkan Parti Bersatu Sabah (PBS) selepas pilihan raya negeri pada 1994.
Dompok mula aktif dalam politik dalam era pemerintahan PBS pada tahun 1985 dan dilantik sebagai Menteri Kewangan Sabah pada tahun 1986.
Pada 1998, Dompok dilantik Ketua Menteri Sabah di bawah kerajaan diterajui BN di bawah sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri ketika itu.
-New Sabah Times

0 comments
Post a Comment