Jul 27, 2016

Hillary Clinton Catat Sejarah Menang Pencalonan Presiden Demokrat

PHILADELPHIA - Hillary Clinton mencatat sejarah sebagai wanita pertama yang memenangi pencalonan bagi Presiden Amerika Syarikat (AS) selepas mendapat sokongan parti Demokrat pada konvensyen parti itu di sini.


Bekas wanita pertama, setiausaha negara dan senator itu mengambil langkah bermakna dalam misinya untuk menjadi presiden wanita pertama Amerika, dengan mengalahkan pencabar, Bernie Senders.

Selepas pembukaan konvensyen itu, Clinton melepasi jumlah 2,382 perwakilan yang diperlukan untuk pencalonan itu dan menentang calon parti Republikan, Donald Trump, dalam pilihan raya pada November.

"Sejarah," kata Clinton dalam akaun Twitternya lima jam lalu. -AFP

0 comments

Post a Comment