Seorang lelaki menemui ajal ketika melakukan demonstrasi bagaimana menembak di kepala dengan cara yang betul.
Mangsa, James Gagum, 43, maut ketika menonton televisyen di rumahnya di Conway, awal pagi tadi.
Menurut saksi, ketika menonton rancangan tersebut, mangsa telah bertekak bagaimana cara-cara untuk mengendalikan senjata dengan betul.
“Sambil menerangkan cara memegang pistol yang betul, mangsa telah mengacukan pistol di kepalanya dan melepaskan tiga das tembakan,’’ kata saksi.
Gagum bagaimanapun tidak menyedari bahawa senjata tersebut berisi peluru, dan terkena ke kepalanya pada tembakan ketiga.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Dalam pada itu, media tempatan melaporkan, Gagum sebelum ini pernah menjadi tajuk berita muka depan beberapa akhbar, dua tahun lalu.
Dalam kejadian itu, Gagum telah melepaskan tembakan ke atas seorang daripada tiga lelaki yang memecah masuk ke dalam rumahnya.
Dia mendakwa penceroboh berkenaan mengacukan pistol ke arah dia dan isterinya, namun Gagum tidak didakwa dalam kejadian berkenaan.

0 comments
Post a Comment