KOTA KINABALU: Program Kembara Kerjaya Sabah dan Pengajian OKU 2016 yang bermula semalam menawarkan 8,809 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor kepada rakyat Sabah, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot.
Katanya program yang akan menjelajah tujuh daerah di seluruh Sabah yang bermula di Kota Kinabalu dan berakhir pada 6 Ogos depan di daerah Beaufort itu disertai 195 majikan serta 34 penyelia dari sektor swasta.
“Program ini merupakan inisiatif kerjasama pelbagai agensi kerajaan persekutuan, kerajaan Negeri Sabah dan majikan. Dasar bekerjasama antara jabatan merupakan di antara pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang telah diperkenalkan oleh perdana menteri,” katanya.
Riot berkata demikian dalam teks ucapannya sempena perasmian Program Kembara Kerjaya Sabah, Konvoi Kembara dan Karnival Pekerjaan 2016 di sini semalam. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Adenan Ab Rahman.
Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Kamal Pardi.
Menurut Riot, program sama yang diadakan tahun lalu di Sabah berjaya menempatkan seramai 2,581 pencari kerja di Sabah dalam pelbagai sektor pekerjaan di negeri ini.
“Golongan ‘vulnerable’ seperti golongan kurang upaya (OKU) tidak dilupakan dalam program kembara kerjaya ini. Ini dapat dilihat melalui kerjasama antara JTK Sabah dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah menganjurkan Hari Penggajian OKU ini (sempena program ini),” katanya.
Riot berkata melalui kerjasama seperti ini, ia dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat berhubung penggajian OKU, khususnya di Sabah.
“Program ini juga dapat menggalakkan pendaftaran serta penempatan pencari kerja di kalangan OKU di samping mengalakkan majikan menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada golongan ini,” katanya. —Bernama

0 comments
Post a Comment