Feb 27, 2017

Dangkalnya Perbandingan BR1M Pemberian Arab Saudi

Kenapa tak dibuat perbandingan yang setara, kalau merpati dengan merpatilah dan bukan antara merbah dengan helang. Pastilah jauh bezanya antara keupayaan dan sizenya.

Br1m

Ini tidak, perbandingan dibuat antara negara yang telah lama kaya dengan negara yang baru nak naik (tetapi sekarang dah nak nazak balik), memang taklah.

Samakah diantara kerajaan pilihan keturunan berbanding kerajaan pilihan rakyat yang dibuat melalui pengundian?

Arab Saudi diperintah oleh Raja dan keturunannya tetapi Malaysia ni walaupun pada Perlembagaan, peringkat Pemerintah semuanya berkiblatkan kepada Yang Di Pertuan Agong tetapi kuasa mutlak memerintah adalah dibawah Perdana Menteri.

Hala tuju Arab Saudi ditentukan oleh Rajanya berserta keluarganya tetapi negara kita di tentukan oleh Parti Pemerintah.

Arab Saudi tiada pilihan raya atau pilihan dari suara rakyat tetapi kita Parti Rakyat yang berkuasa. Oleh itu janganlah.buat perbandingan yang dangkal ini.

Sebenarnya memang wajarlah Arab Saudi sekira mahu memberikan wang kepada rakyatnya seperti yang di dakwa Najib macam BRIM.

Tetapi tahukah kita bahawa 10 juta dari, 25 Juta rakyatnya hidup dibawah paras kemiskinan?

Adilkah mereka? Baikkah mereka? Bertanggungjawabkah mereka? Ikut sunnah ke mereka?

Kerajaam Beraja Arab Saudi telah terlebih dahulu kaya raya dari Malaysia dan kiblat keseronokan nikmat dunia mereka adalah negara Barat, sehinggakan seluruh warga Barat mengetahui baik dan buruk luar dan dalam kain mereka, dan kenapa baru sekarang baru sedar?

Ataupun pemimpin dan rakyat negara Barat dah mula fedup dengan perangai buruk mereka? Adakah kita ingin mencontohi mereka?

Najib perlu sedar bahawa wajib bagi Kerajaan Arab Saudi memberi 'BRIM' kepada rakyatnya, kerana telah berkurun kekayaan yang dimiliki keluarganya tidak diagihkan kepada rakyatnya.

Semuanya disebat untuk kepentingan keluarga mereka saja. Dan kini Arab Saudi tengah kegawatan ekonomi kerana harga minyak merudum dan hasil kekayaan telah mula merosot.

Semua ini adalah bala yang didatangkan ALLAH SWT kepada pemerintah yang menzalimi kaum hawa dan menafikan hak rakyat serta tidak mengikut Al Quran .

Waktu senang lenang lupa rakyat tetapi bila bala datang, poket rakyatlah yang diintainya (saling tak tumpah macam Malaysia).

Alasannya, Kerajaan Najib cuba menghalalkan cukai GST terhadap rakyat melalui contohan pengenaan GST oleh Arab Saudi terhadap rakyatnya.

Maksudnya kalau Arab Saudi kenakan GST terhadap rakyatnya maka secara automatik apa yang dibuat Kerajaan Najib juga halallah ya. (Kitab mana yang diikuti ini, ajaran siapa ni?)

Pernahkah anda fikirkan kenapa negara negara Arab bertukar "kiblat" dan tidak lagi kepada Barat dan jiran jiran mereka?

Kalau nak tahu belajarlah "makrifat" baru tahu erti "hakikat'.

Wahai Arab Saudi sedarlah bahawa Nabi kamu dah mengajar, "makmurkanlah jiran kamu dan inshaallah Allah SWT akan makmurkan kamu" ini tidak jiran kamu pun kamu perangi.

Tanda kemurkaan Allah SWT pasti tertimpa keatas kamu.

Keberkatan "Mekah dan Madinah' dibumi Arab Saudi bukan jaminan bahawa bala Allah SWT tidak akan sampai.

"Bumi Nuh di banjiri Allah SWT secukupnya."

"Bumi Lut juga dihujani api panas dari langit."

"Kebenaran ALLAH SWT yang mana mahu kamu nafikan."

"Kerosakan adalah diatas perbuatan tangan kamu sendiri."

Sumber: puteramariam

0 comments

Post a Comment