Feb 27, 2017

Gambar Dyana Sofya Hisap Rokok Tersebar, Jangan Lupa Azalina Othman

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba beberapa keping gambar seorang wanita Melayu yang juga Ahli DAP, saudari Dyana Sofya sedang merokok disebarkan oleh blogger dan cybertrooper Umno di internet.

Dyana Sofya

Difahamkan, ketika Dyana Sofya sedang menghisap rokok, gambarnya telah diambil secara curi-curi oleh individu tertentu lalu menyebarkannya di internet terutamanya di laman sosial facebook.

Gambar itu kemudiannya menjadi viral di laman sosial, dan sedang rancak disebarkan di dalam pelbagai group di facebook.

Tidak jelas apa isu yang cuba diketengahkan dengan penyebaran gambar tersebut, namun dakwa mereka, sebagai seorang wanita Melayu, yang pernah menjadi calon DAP, di Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya tidak patut menghisap rokok di tempat awam.

Jika benar mereka mahu mengetengahkan isu bahawa wanita Melayu tidak patut merokok di tempat awam, aku tidak menyokong dan tidak juga membantah.

Tapi harap mereka jangan lupa juga untuk menasihatkan seorang menteri wanita BN (Barang Naik) yang begitu bangga berkongsi dan menayangkan aksinya menghisap cerut di akaun instagram miliknya.

Azalina Othman

Datuk Azalina Othman sebelum ini begitu bangga memperlihatkan aksinya menghisap cerut bersama rakan-rakan di akaun Instagram, sambil menggelarkan dirinya dan rakan-rakan sebagai mafia.

Dyana Sofya sedang hisap rokok, gambarnya diambil secara curi-curi dan disebarkan oleh cybertrooper Umno, manakala Azalina sengaja menayangkan perbuatannya menghisap cerut kepada orang ramai, kerana beliau sendiri yang memuat naik gambar itu di akaun Instagram miliknya.

Sumber: milosuam

0 comments

Post a Comment