Feb 27, 2017

Proton, Simbol Dan Maruah Malaysia Bakal Tergadai

Khabar mengatakan syarikat automobil pertama negara diasaskan Perdana Menteri Malaysia ke-empat, Tun Dr Mahathir Mohamad – Proton – akan dijual kepada firma asing semakin bertiup kencang, dengan peluang lebih menjurus kepada syarikat dari China.

ploton

Dengan Proton Saga keluaran pertama kereta nasional menjadi kebanggaan pada 1985, walaupun tidak setanding Honda, Toyota, BMW atau Mercedes, ianya mengangkat maruah bangsa daripada negara pertanian kepada negara industri berat.

Kini, Geely Automobile Holdings dari China bersama pengeluar Renault dan Peugeot – PSA – dari Perancis mengintai peluang merebut ‘maruah’ kita.

Pedang tidak terkejut apabila kerajaan sekarang berat tangan untuk membantu Bumiputera yang memiliki Proton Holdings, syarikat yang pernah menjadi milik negara. Kurang jelas kepada Pedang kenapa maruah kita sekarang ini, dibiar tergadai kepada bangsa asing. Adakah kerana ‘Cash is King’?

Namun, seperti biasa, sejarah memiliki jawapannya, biarpun tahun lalu kerajaan memberi suntikan dana kepada Proton sebanyak RM1.5 bilion.

Dana itu hanya sedikit saja jika dibandingkan dengan lesapnya berbilion-bilion ringgit wang negara yang dilarikan dan diseleweng pihak tertentu, termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menjadi ‘anak emas’ Najib.

Gara-gara kerana dicadangkan pada 1979 adalah Mahathir? Diluluskan Kabinet Mahathir pada 1982 dan dijelmakan sebagai Perusahaan Otomobil Nasional Berhad pada 1983? Atau, kerana yang pemilik saham majoritinya adalah kroni Mahathir?

Sejak tercetus krisis Mahathir-Najib berikutan kritikan keras bekas Perdana Menteri Malaysia 22 tahun itu terhadap beberapa isu dalam negara, terutama skandal 1MDB, RM2.6 bilion wang dalam akaun peribadi Najib dan salah guna kuasa, kerajaan dilihat tidak banyak membantu Proton.

Usaha memadam legasi Mahathir oleh pentadbiran Najib semakin hebat. Wawasan 2020 diperkenalkan Mahathir diganti dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50), duit dijadikan raja, kehebatan 1MDB dijaja yang akhirnya memburukkan nama negara dan menjadi antara penyebab nilai ringgit jatuh.

Salleh Said Keruak pula dalam kenyataan ketika menafikan kerajaan mahu memadam legasi Tun Dr Mahathir, berkata, Menara Berkembar Petronas (KLCC) boleh diruntuhkan jika kerajaan benar-benar mahu memadam legasi pemimpin itu.

Dr Mahathir sebelum ini berkata kerajaan sedang cuba untuk memadamkan namanya daripada Proton dengan menghalang kakitangannya daripada menjalin sebarang kerjasama dengan penyokongnya.

“Mereka tidak boleh mengaitkan nama saya dengan Proton. Ia perlu dijual 100 peratus kepada warga asing supaya industri automotif tempatan boleh dihapuskan.

"Hanya kereta yang diimport akan dibenarkan dijual di Malaysia. Mereka tidak mahu apa-apa dikaitkan dengan saya. Mereka lebih suka melihat industri ini musnah asalkan Najib gembira,” katanya.

Baik BN, UMNO, PAS atau parti rasis dan cauvinis DAP tidak mungkin dapat menghapuskan legasi Mahathir.

Dulu mereka menentang projek Lebuh Raya Utara-Selatan, kini anak cucu mereka lah yang mendapat kemudahan. Dulu mereka menentang penubuhan Proton, tetapi kini anak cucu mereka lah yang menggunakan kereta Proton.

Dan, dalam pada kerajaan sedang mengemis dana berbilion-bilion ringgit daripada China, Pedang melihat peluang Geely lebih cerah daripada PSA atau mana-mana pihak.

Geely menawarkan harga yang tinggi, malah harga tawaran untuk memiliki 51 peratus kepentingan dalam Proton Holdings dinaikkan sebanyak tiga kali dalam tempoh 12 bulan terakhir.

Pedang akui, jika Geely memiliki Proton, peluang kereta kita memasuki pasaran Asia Tenggara adalah mudah kerana China boleh mengeksportnya ke mana-mana negara Asean tanpa dikenakan cukai.

Tetapi, sanggupkan kita membiarkan satu lagi maruah negara digadai. Cukuplah dengan ribuan hektar tanah, syarikat dan loji jana kuasa diserahkan kepada bangsa asing.

Apa yang mungkin kita dan Proton peroleh daripada konglomerat China itu yang memiliki Volvo dan London Taxi Company?

Jika pemilik DRB-Hicom menjual 51 peratus kepentingan dalam Proton Holdings, apakah tidak memberi kesan kepada 12,000 pekerja tempatan?

Berdepan dengan kehebatan harga tawaran itu, Pedang berharap pihak berkaitan tidak hanya melihat kepada Cash is King sahaja, tetapi memikirkan masa depan dan maruah negara serta rakyat.

Sumber: dialograkyat

0 comments

Post a Comment