May 28, 2018

'Saya Tak Cukup Mulia Untuk Nobel' -Tun Mahathir

Apakah reaksi Tun Dr Mahathir apabila ada usaha menamakannya sebagai calon untuk Anugerah Nobel?

Ditanya media pada hujung sidang akhbarnya di Petaling Jaya, perdana menteri itu memberikan jawapan yang ringkas dan spontan.

"Nobel Prize winner? I am not so noble (Menang anugerah Nobel? Saya tak begitu mulia)," katanya.

Satu kempen dalam talian dilancarkan pada 26 Mei untuk menamakan perdana menteri ketujuh Malaysia itu sebagai calon anugerah Nobel yang dianggap berprestij di dunia.

Selepas dimulakan petisyen berkenaan menarik sokongan kira-kira 26,300 penandatangan dengan sasaran 150,000 tandatangan.

Petisyen tersebut dikatakan dibuat sebagai usaha untuk mengiktiraf usaha Dr Mahathir menyelamatkan Malaysia.

0 comments

Post a Comment