KEMENTERIAN Kewangan menasihatkan rakyat agar berhati-hati dengan menyemak terlebih dulu nombor akaun Tabung Harapan Malaysia (THM) sebelum membuat transaksi.
Menterinya Lim Guan Eng berkata, ini bagi mengelak orang ramai menjadi mangsa penipuan.
Katanya, beliau turut menafikan satu poster yang tular di laman sosial berkaitan nombor akaun THM.
“Nombor akaun yang tertera di poster palsu itu adalah berlainan dengan nombor akaun THM yang bernombor 566010626452 (Maybank) seperti diumumkan sebelum ini.
“Ingin ditegaskan bahawa kementerian akan membuat laporan polis terhadap mana-mana individu yang cuba mengambil kesempatan atas kebaikan orang ramai,” katanya.
Setakat ini, THM mengumpul sebanyak RM18.6 juta sejak ia mula dilancarkan Rabu lalu. -harian metro
0 comments
Post a Comment