Jun 20, 2018

Harga Jalur Lebar Di Malaysia Akan Turun Sekurang-kurangnya 25 Peratus

Harga jalur lebar tetap di Malaysia dijangka turun sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Gobind berkata penurunan itu susulan pelaksanaan Piawaian Mandatori berkaitan Harga Akses (MSAP) yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 8 Jun.

“Pihak-pihak yang terlibat masih dalam perbincangan penetapan harga borong.

"Saya difahamkan bahawa proses ini akan berakhir pada bulan Julai/Ogos, dan seterusnya pakej perkhidmatan jalur lebar pada harga yang lebih rendah akan diperkenalkan kepada pengguna.

“Polisi MSAP mengenakan harga siling borong bagi pihak pembekal kemudahan dan perkhidmatan yang digunakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dalam pasaran.

"Penurunan harga borong bakal mengurangkan harga pasaran untuk pengguna,” katanya dalam sidang media kementeriannya di Putrajayahari ini.

Gobind menjangkakan harga baru akan dapat dilaksanakan pada penghujung Ogos.

Gobind pada 23 Mei lalu berjanji akan berusaha mewujudkan sistem jalur lebar dua kali lebih pantas tetapi dengan bayaran separuh harga. -malaysiakini

0 comments

Post a Comment