Seorang pegawai kanan polis di Sabah dalam proses dipindahkan selepas terpalit dakwaan membuat gangguan seksual terhadap enam anggota pasukan itu serta seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Zamhri Yahya memberitahu, pegawai itu, yang bertugas sebagai ketua polis daerah, akan dipindahkan ke ibu pejabat polis kontinjen Sabah, sementara menunggu siasatan.
“Dia akan dipindahkan dan tindakan disiplin akan dikenakan terhadapnya kerana ia kesalahan serius.
"Dia boleh digantung atau tindakan lebih teruk.
Lelaki itu dituduh membuat gangguan seksual kepada anggota terlibat, yang sama jantina.
Difahamkan pegawai JIPS dari Kuala Lumpur diterbangkan ke Negeri di Bawah Bayu untuk menyiasat perkara itu.
Sumber yang mengetahui perkara itu berkata pegawai itu sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Kata sumber lagi, dia sering menghantar mesej lucah dan pernah mengajak mangsa ke bilik hotel atas alasan hendak mengadakan perbincangan.
“Mangsa tidak syak apa-apa.
“Tetapi di dalam bilik, ketua polis daerah itu cuba cium pipinya dan sentuh kemaluannya tetapi mangsa menolak dan tinggalkan bilik,” katanya.
Sumber juga mendakwa pegawai itu meraba beberapa mangsa dan memasukkan tangan di dalam seluar mereka.
“Jika mangsa melawan, dia akan berikan mereka layanan dingin dan tidak memasukkan mereka dalam aktiviti di ibu pejabat polis daerah,” katanya.
Menurut sumber, isu itu diketahui lepas polis kontinjen Sabah menghubungi seorang mangsa yang gagal menyerahkan suatu laporan.
“Mangsa mendedahkan dia tidak dapat menyelesaikan kerjanya kerana sering diganggu oleh ketua polis daerah dan dia serta pihak lain mengelak dari bertemunya,” kata sumber.
Polis kontinjen Sabah telah merakan kenyataan dari tujuh mangsa tanpa pengetahuan pegawai polis itu dan menghantar laporan mereka kepada JIPS.
Difahamkan JIPS telah merakam kenyataan ketua polis daerah itu. -malaysiakini
0 comments
Post a Comment