PUTRAJAYA: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dibawa keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini untuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kes rasuah.
Kereta Toyota Alphard yang membawa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Sibuga itu dilihat meninggalkan bangunan tersebut pada 1 tengahari, diiringi empat kenderaan pengiring dan tiga motosikal.
SPRM dalam kenyataan pada Isnin berkata Musa akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 2 petang.
Musa akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.
Terdahulu SPRM menahan Musa pada pukul 10.05 pagi tadi di ibu pejabat suruhanjaya itu. -Bernama
0 comments
Post a Comment