‘Perang’ antara Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin terus berlarutan.
Semalam, Lokman membidas bekas Ketua Pemuda Umno itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana menyalahkan bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razaka selepas kalah dalam PRU14.
Malah, Lokman turut menyerang Khairy di laman Twitternya mengatakan Ahli Parlimen Rembau itu boleh berhenti bermimpi menjadi Presiden Umno sekiranya terus mencari kesalahan orang lain.
Membalas serangan itu, Khairy berkata lebih baik Lokman berdoa agar beliau tidak menjadi Presiden Umno.
“Perkara pertama yang akan saya lakukan (jika jadi Presiden Umno) ialah menyingkirkan kamu (Lokman) kerana mempunyai IQ seperti lobak (rendah),” katanya di laman Twitter.
0 comments
Post a Comment