Nov 3, 2018

Rafizi 'Kacau' Pemilihan PKR Di Keningau!?

Hebat permainan Rafizi di pusat pemilihan PKR di dewan Kampung Merampong, Keningau, selepas ada yang menganggap beliau menggunakan bomoh, menyebabkan calon dari kem Azmin, Haslina Abin Kasim, pengsan sejurus ketibaan Rafizi!

Namun, pencabar timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli berkata dia kononnya diserang di Keningau, Sabah tengahari tadi, walhal kehadirannya itulah punca kekecohan berlaku!

Rafizi memberitahu seorang lelaki mendekatinya dari tepi dan memukul kepalanya ketika beliau sedang meninggalkan pusat pengundian sekitar jam 4 petang tadi.

"Saya dikelilingi sekumpulan orang tetapi dia (penyerang) tidak dapat berada terlalu dekat dengan saya. Dia pukul saya di kepala sedikit tetapi tiada kecederaan.

"Malah, kejadian itu berlaku di hadapan semua orang, termasuklah anggota polis.
"Saya akan membuat laporan polis terhadapnya," jelas Rafizi.

Rafizi juga mendakwa pengundian di Keningau dibatalkan kira-kira sejam sebelum ditutup menyebabkan kekecohan di kalangan anggota parti yang menunggu sejak pagi tadi.

"Mereka memutuskan untuk membatalkan pengundian pada saat akhir," dakwanya.

Ketika dihubungi, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) Datuk Rashid Din menafikan pengundian di Keningau telah dibatalkan.

"Ia tidak dibatalkan, ia sedang berlangsung.

"Pengundian akan terus dibuka sehingga semua orang selesai memilih," katanya kepada Malaysiakini.

Punca Rafizi menyebut bahawa pengundian dibatalkan kerana mengetahui wakilnya sedang mengalami kekalahan.

0 comments

Post a Comment