Sep 5, 2012

Jika Rafizi Ramli di USA Sekarang, Yang Pasti Dia Sudah di Penjara

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengaku bersalah mengabaikan peruntukan Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 sebelum membuat pendedahan berkaitan dakwaan penyelewengan dana National Feedlot Corporation (NFC).


“Saya mengaku saya tidak lihat secara terperinci tentang BAFIA..sebab pada fikiran kita, kita ingat benda biasa..cuma apabila saya teliti dan kaji, walaupun (Yang Dipertuan) Agung mendedahkan sesuatu walaupun untuk kepentingan awam, Agong juga harus masuk penjara,”katanya.

Pada 26 April Pengerusi NFC, Datuk Seri Dr Mohammad Salleh Ismail membuat laporan polis berkenaan pendedahan maklumat peribadi perbankan dirinya.

Mohamad Salleh mendakwa Rafizi menyebarkan butiran perbankan dan penarafan kredit syarikat NFC serta empat lagi syarikat berkaitan – National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd, Real Food Company Sdn Bhd dan Agroscience Industries Sdn Bhd.

Selain itu, Rafizi juga didakwa mendedahkan butiran perbankan peribadi pengarah dan pemegang saham syarikat berkenaan tanpa keizinan mereka.

Tindakan itu didakwa melanggar peruntukan undang-undang bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia).

Kesalahan BAFIA merupakan kesalahan yang amat serius kerana ia akan menjejaskan pelaburan serta kepercayaan dunia kepada Malaysia. Rahsia perakaunan yang begitu mudah ditembusi dan kemudian diuar-uarkan kepada awam, akan menyebabkan tiada mana-mana pihak yang sanggup untuk melabur, menyimpan dan seterusnya mempercayai sistem kewangan Malaysia.

Mana-mana negara sekalipun, termasuklah Amerika Syarikat yang seringkali dijadikan contoh negara bebas dan telus di dunia, juga mengamalkan undang-undang BAFIA yang amat ketat. Apa yang dilakukan oleh Rafizi Ramli sebelum ini, tidak boleh sama sekali diterima walaupun alasan yang diberikan ialah, menyebarkan kebenaran.

Itu undang-undang yang terpakai di seluruh dunia.

Katanya, Rafizi telah “memperdaya media dan orang ramai dengan sengaja memutarbelit fakta” dengan mengatakan bahawa pengarah NFC menggunakan pinjaman mudah oleh kerajaan bagi mendapatkan pinjamat untuk membeli hartanah KL Eco City di Kuala Lumpur.

“Tidak pernah apa-apa pinjaman dibuat untuk pelaburan KL Eco City,”

Mohamad Salleh juga turut membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) tentang Rafizi yang didakwa melakukan 21 kesalahan mengikut Akta BAFIA 1989.

Rafizi didakwa melakukan kesalahan itu kepada media untuk tujuan politik.

Beliau turut menyenaraikan nama Public Bank kepada BNM kerana bank tersebut gagal mematuhi perjanjian melindungi hak peribadi dan keselamatan pelanggannya.

Bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat sulit perbankan NFC kepada Rafizi mengaku telah meletakkan jawatan daripada bank itu pada 2 Mei lalu apabila majikannya memberi surat tunjuk.

“Saya telah melalui proses perbicaraan disiplin di Public Bank dan akibat tekanan di tempat kerja dan pelbagai tindakan yang diambil terhadap saya, saya telah membuat keputusan untuk berhenti kerja,” katanya.

Timbul pula pertanyaan, bagaimana sekiranya nanti ada pihak yang mengeluarkan perincian perakaunan Anwar Ibrahim dan seluruh ahli keluarganya dan kemudian disebarkan dalam satu sidang media terbuka?

Dari segi undang-undang, sudah tentulah perkara yang sama juga berlaku kepada si penyebar berkenaan, walaupun perincian akaun yang disebarkan itu adalah tentang Anwar Ibrahim dan ahli-ahli keluarganya!

0 comments

Post a Comment