Sep 5, 2012

Penunggang Motosikal Buat 'Wheelie' Dipenjara

KOTA KINABALU: Mahkamah Trafik pada Selasa menjatuhi seorang lelaki berumur 25 tahun kepada penjara 30 hari dan memerintahkannya membayar denda RM5,000 atau penjara dua bulan kerana melakukan aksi 'wheelie' di jalan raya awam.


Majistret HerTina Muse menjatuhi hukuman itu ke atas Daliayu Rubin selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu pada 2.40 pagi 1 Julai di Jalan Kepayan-Kota Kinabalu.

Kesalahan itu di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda antara RM5,000 dan RM15,000, jika sabit kesalahan.

Herlina memerintahkan Dahayu untuk menjalani hukuman penjara bermula Selasa. Pegawai Pendakwa Trafik, ASP Wilynton Enchana Watt hadir untuk pendakwaan.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, seorang lelaki tempatan berumur 28 tahun dipenjara empat bulan kerana memiliki barangan curi. Mohd Rizam Zamri mengaku bersalah di hadapan Herlina kepada kesalahan memiliki sebuah telefon bimbit Samsung dan dompet milik seorang lelaki berumur 31 tahun. Kejadian berlaku pada 6.30 petang 21 Ogos di sebuah rumah di Taman Jaya Din, Menggatal.

Inspektor Zahiri Mat Saat mendakwa kes. - CDB

0 comments

Post a Comment