Sep 5, 2012

Ronaldo Desak Naik Gaji Kerana Nak Bayar Cukai!

Cristiano Ronaldo mahu Real Madrid memberikannya kontrak baru dengan angka yang cukup mengejutkan iaitu bernilai £25 juta (RM123.3 juta) setahun.


Penyerang Portugal itu mendesak supaya Real memulakan rundingan kontrak baru enam tahun meskipun kontrak semasanya masih berbaki tiga tahun.

Ronaldo, 27, kini diikat dengan kontrak bernilai £9.6 juta setahun, namun disebabkan peraturan cukai di Sepanyol, pendapatan bersih diterimanya hanyalah £7.2 juta setahun.

Dia kini mengharapkan dapat memperolehi pendapatan tahunan bersih sebanyak £12 juta (RM59.2 juta) dan untuk tujuan itu, gaji tahunan Ronaldo mestilah £14.5 juta.

Namun masalah buat Real apabila dalam tempoh dua tahun akan datang, kadar cukai yang perlu dibayar Ronaldo akan meningkat dari 24 peratus menjadi 52 peratus daripada pendapatannya.

Ini bermakna, bagi mendapatkan gaji bersih £12 juta itu, Real perlu membayar Ronaldo sebanyak hampir £25 juta setahun iaitu bersamaan gaji £480,000 (RM2.4 juta) seminggu. – mynewshub.my

0 comments

Post a Comment