Jun 29, 2018

1MDB Tamatkan Perkhidmatan Arul Kanda

1MDB telah menamatkan perkhidmatan presiden dan ketua pegawai eksekutifnya, Arul Kanda Kandasamy, berkuatkuasa semalam.

Surat penamatan perkhidmatan itu, menyebut bahawa Arul Kanda didapati telah "melanggar kontrak dan kewajiban fidusiari" sebagai ketua 1MDB.

Keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Arul Kanda dibuat dalam satu mesyuarat lembaga pengarah pada 25 Jun, dan surat tersebut disampaikan kepadanya semalam, kata sumber. -malaysiakini

0 comments

Post a Comment