Jun 23, 2018

5 Pekerja Kebajikan Diculik Dan Dirogol

NEW DELHI : Lima pekerja kebajikan di sebuah kawasan pedalaman di timur India bukan sahaja diculik tetapi turut dirogol secara berkumpulan dalam kejadian serangan seksual terbaharu di negara itu, kata polis.

Dalam aduan yang dibuat, mangsa diculik ketika sedang membuat persembahan meningkatkan kesedaran mengenai pemerdagangan manusia di daerah puak di Khunti, Jharkhand pada Selasa lalu.

Mangsa memaklumkan, penyerang merakam kejadian serangan dan mengancam mereka jika melaporkan kepada polis.

Pegawai polis, Rajesh Prasad berkata, semua wanita terbabit bertugas untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Asha Kiran.

"Kami sudah menyoal beberapa individu dan kesemua mangsa telah menjalani rawatan susulan," kata Prasad.

Dalam pada itu, polis turut menahan penyokong Pathalgadi, gerakan antikerajaan popular di beberapa perkampungan puak.

Penyokong Pathalgadi menolak orang luar dan melarang mereka masuk atau menetap di kawasan mereka.

India menjadi perhatian global sejak serangan rogol berkumpulan dan bunuh pada 2012 dalam sebuah bas yang mencetuskan kemarahan dan protes di seluruh negara.

Daripada jumlah enam penyerang, ia terus meningkat dengan 39,000 kes rogol dicatatkan pada 2016.

Jharkhand khusunya menjadi tumpuan selepas tiga remaja dirogol dan dikakar hidup-hidup dalam kejadian berasingan bulan lalu. -astroawani

0 comments

Post a Comment