Nov 26, 2018

Darjah Kebesaran Najib-Rosmah Ditarik Balik

KUALA PILAH – Istana Besar Seri Menanti semalam menarik balik dua darjah kebesaran Negeri Sembilan yang dikurniakan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berkuat kuasa serta-merta.

Penarikan balik anugerah itu melibatkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS) kepada Najib yang membawa gelaran Datuk Seri Utama dan Darjah Seri Paduka Tuanku Ja’afar Yang Amat Terpuji (SPTJ) kepada isterinya.

Darjah kebesaran SPNS dianugerahkan kepada Najib pada tahun 2005 manakala Darjah SPTJ kepada Rosmah pada tahun 2006.

Pendaftar Darjah, Razali Ab. Malik berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Khas Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat di Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah. -kosmo

0 comments

Post a Comment