PASUKAN Die Mannschaft tiba di Jerman selepas tersinkir daripada saingan Piala Dunia 2018.
Pemegang gelaran juara 2014 itu berkemas pulang lebih awal apabila dimalukan Korea Selatan 2-0 pada aksi terakhir peringkat kumpulan Rabu lalu.
Skuad Joachim Low itu tiba di lapangan terbang bertemu media setelah mencipta rekod persembhanan terburuk aksi Piala Dunia dalam tempoh 80 tahun.
"Kami dipaprkan dengan gambaran terburuk dalam tiga perlawanan. Kami perlu mengambil tanggungjawab ini. Kami rosakkan dan rosakkan bersama," jelas Low.
Mengenai masa depannya bersama Jerman dengan kontraknya sehingga 2022, Low mengakui sukar untuk dijelaskan.
"Sudah tentu ia mengambil masa beberapa jam untuk melihatnya. Saya terkejut. Terkejut kerana gagal melakukannya.
"Saya sememangnya kecewa dengan penyingkiran tersebut," jelasnya.
Sementara itu, pemain Jerome Boateng memberitahu di laman Instagramnya, "Seperti bencana. Piala Dunia 2018 bukan seperti yang kami jangkakan.
"Saya masih marah dan kecewa namun dalam masa sama saya meminta maaf kepada semua penyokong kami yang hadir ke stadium.
"Empat tahun lalu kami berada di tempat teratas, dan kini di tempat ke bawah.
"Hari seperti ini hadir dalam pemain bola sepak dan tidak ada siapa yang mengetahuinya. Tetapi inilah kehidupan." -mstar
0 comments
Post a Comment