Jun 24, 2018

Toni Kroos Wira Jerman Pada Masa Kecederaan

Toni Kroos muncul wira Jerman apabila menjaringkan gol kemenangan ketika membantu pasukannya menewaskan Sweden 2-1 dalam aksi kedua Kumpulan F Piala Dunia.

Juara dunia itu beraksi dengan tekanan selepas terdesak mencari tiga mata berharga ekoran kekalahan tipis 0-1 kepada Mexico pada 17 Jun lalu.

Skuad kendalian Joachim Low itu yang menguasai permainan terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan Ola Toivonen pada minit ke-32.

Namun tiga minit selepas babak kedua, Marco Reus yang dibawa masuk berjaya menyamakan kedudukan hasil hantaran Mario Gomez.

Usaha Jerman memburu tiga mata kelihatan sukar kerana beraksi dengan hanya 10 pemain setelah Jerome Boateng dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-82.

Ketika permainan seakan-akan berkesudahan seri, Kroos menjaringkan gol kemenangan berpunca daripada sepakan bola mati Marco Reus setelah Timo Werner dikasari oleh pemain Sweden, Jimmy Durmaz pada waktu kecederaan.

Kemenangan itu membolehkan skuad Die Mannschaft menduduki tangga kedua berkongsi tiga mata dengan Sweden.

Mexico di kedudukan teratas dan Korea Selatan di tangga tercorot tanpa sebarang mata. -malaysiakini

0 comments

Post a Comment